Search This Blog

Greetings

Greetings

UNDANG-UNDANG KONTRAK MALAYSIA 1946

COMMERCE LAW AND CONTRACT MANAGEMENT :

Berikut adalah ringkasan nota modul :-

 1.  Nyatakan jenis undang-undang seperti berikut :-

a) Undang-undang Awam
   - Undang-undang yang mentadbir  dan mengawal perhubungan di antara individu dan negeri contohnya  undang-undang perlembagaan dan undang-undang jenayah

i) Undang-undang perlembagaan menetapkan isu keluhuran perlembagaan, kuasa kerajaan negeri, kuasa kerajaan pusat, kuasa raja, kewarganegaraan dan kebebasan individu juga menentukan hak individu dalam sesebuah negara.

ii)Undang-undang jenayah mengkodifikasikan salahlaku oleh individu terhadap negaranya. Ia bertujuan menghukum pesalah dan mengurangkan kadar jenayah menerusi ancaman hukuman yang diberikan, contohnya pencuri dihukum penjara, ini bagi melindungi masyarakat daripada ancaman pesalahlaku.

b) Undang-undang Persendirian

-  Undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan perhubungan antara individu dengan individu menetukan hak-hak dan tugas sesama mereka. Bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang menuntut iaitu plaintif daripada pihak yang didakwa iaitu defendan. Contoh undang-undang persendirian ialah undang-undang kontrak, undang-undang tort, undang-undang hak cipta, akta perkongsian dan lain-lain. 

            i)Undang-undang kontrak secara umum merupakan suatu perjanjian yang mengikat pihak-pihak yang terlibat di sisi undang-undang, dimana pihak-pihak yang berkontrak berkewajipan melaksanakan segala obligasi yang dipersetujui di bawah kontrak tersebut. Jika kontrak diingkar pihak yang teraniaya boleh menuntut remedi, gantirugi, menyita, mendapatkan perintah khas, arahan atau larangan daripada pihak mahkamah.
            
           ii)Undang-undang tort bertujuan memberikan remedi kepada individu yang tercedera atau kerugian (plaintif) akibat perbuatan pihak tertuduh (defenden). Terdapat undang-undang juga larangan dari memfitnah, cuai dijalanraya, menceroboh harta benda peribadi dan sebagainya. Individu yang melanggar larangan ini  bukan sahaja boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang jenayah, mereka juga boleh dituntut di bawah undang-undang sivil iaini di bawah undang-undang tort.

c) Undang-undang Antarabangsa

- Undang-undang yang mengawal perhubungan diantara negara. Terbahagi kepada undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian.Tiada sistem kehakiman  bagi undang-undang antarabangsa tetapi terdapat Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague yang mana hanya menghakimi kes-kes yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, tetapi ia tidak tertakluk samada keputusan yang diberikan akan dipenuhi oleh pihak-pihak terlibat.

i) Undang-undang antarabangsa awam umumnya merujuk kepada prinsip dan peraturan yang mentadbir perhubungan diantara negara-negara. Antara isu yang dibincangkan termasuklah hak-hak asasi manusia, jenayah antarabangsa, undang-undang peperangan dan perniagaan antarabangsa.

ii)Undang-undang antarabangsa persendirian mentadbir persoalan pengunaan undang-undang kebangsaan di dalam sesuatu kes atau konflik di antara dua atau lebih negara. Contohnya,  menentukan undang-undang negara mana yang akan digunakan untuk mengawal kesahihan kontrak apabila kontrak dibuat di Malaysia dan dikuatkuasakan di luar negara.  



 2. Di bawah seksyen berapakah undang-undang Inggeris boleh diguna pakai

Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia adalah diperuntukkan di bawah seksyen 3 dan seksyen 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956, dimana undang-undang Inggeris hanya boleh dirujuk apabila tidak terdapat sebarang peruntukkan di dalam sistem perundingan negara kita untuk menyelesaikan isu yang timbul. Undang-undang yang hendak digunakan juga haruslah bersesuian dengan kehendak dan nilai-nilai masyarakat tempatan.
Di Malaysia Barat (semenenjung) mahkamah hendaklah memakai common law dan kaedah-kaedah ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956, Seksyen 3(a) Akta Undang-undang Sivil.

Di Sabah, mahkamah hendaklah memakai common law dan kaedah-kaedah ekuiti bersama-sama dengan status pemakaian am seperti yang dikuatkuasakan di England pada 1 Disember 1951 dibawah seksyen 3(b) Akta undang-undang sivil
Di Sarawak pula, mahkamah hendaklah memakai common law dan kaedah-kaedah ekuiti bersama-sama dengan status pemakaian am seperti yang ditadbirkan di England pada 12 Disember 1949 seksyen 3(c) undang-undang sivil

3. Apakah doktrin kehakiman mengikat

     Doktrin kehakiman mengikat merupakan sumber undang-undang tidak bertulis dimana sekiranya tidak terdapat sebarang peruntukkan undang-undang bertulis mengenai sesuatu isu, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai suatu prinsip undang-undang terpakai




4. Apakah perbezaan tawaran dan pelawaan tawaran

     a) Tawaran – adalah kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikat di sisis undang-undang apabila syarat-syaratnya, sama ada secara nyata ataupun termaklum dan dipersetujui oleh pihak penerima tawaran.Contohnya A membuat tawaran menjual komputernya kepada B dengan harga RM 500.00 dan B menerima tawaran tersebut.

     b) Pelawaan Tawaran – adalah dimana pihak-pihak yang terlibat berkehendakkan rundingan-rundingan tertentu tetapi tidak berhasrat untuk terikat dengan syarat-syarat yang disebut dalam rundingan berkenaan, rundingan tidak semestinya berakhir dengan tawaran. Contoh pelawaan tawaran adalah risalah, iklan dan pempameran barangan.


5. Terangkan secara ringkas kes Pharmaceutical Society Of Great Britain v Boots Cash   Chemist (Southern ) Ltd (1953)

     Dalam kes Pharmaceutical Society Of Great Britain v Boots Cash  Chemist (Southern ) Ltd (1953), pihak defenden telah meletakkan barangan yang hendak dijual di atas rak-rak dalam kedainya. Plaintif mendakwa atas alasan tindakan defenden mempamerkan barangan tersebut adalah suatu tawaran dan ini bermakna defenden telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Ubatan dan Racun 1933 yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan menjual racun-racun tertentu kecuali di bawah penyeliaan ahli farmasi berdaftar. Mahkamah memutuskan tindakan mempamerkan ubat-ubatan di atas rak adalah suatu pelawaan tawaran. Tawaran hanya berlaku apabila pelanggan mengemukakan barangan di kaunter bayaran dan penerimaan tawaran dilakukan apabila bayaran diterima, oleh itu kontrak hanya berlaku di kaunter pembayaran.



6. Sesuatu kontrak akan berakhir apabila (pelepasan kontrak)
    
a) Pelepasan menerusi perstujuan pihak-pihak yang berkontrak
seksyen 63 akta kontrak, jika pihak2 sesuatu kontrak bersetuju untuk menggantikannya dengan suatu kontrak yang baru, atau untuk membatalkan atau memindanya, maka kontrak asal itu tidak perlu dilaksanakan.Apabila kontak asal digantikkan dengan dengan kontrak yang baru, ini dipanggil sebagai novasi. Novasi akan menghapuskan kewajipan dalam kontrak asal.
Seksyen 64 akta kontrak, toap-tiap penerima janji boleh membebas atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan daripada perlaksanaan janji yang telah dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan masa untuk perlaksanaannya itu, atau boleh menerima sebagai gantinya pemenuhan janji yang dia fikir berpatutan.

b) Pelepasan dengan perlaksanaan syarat-syarat kontrak
Perlaksanaan sesuatu kontrak itu mestilah lengkap dan menyeluruh serta mematuhi semua syarat yang telah dipersetujui di bawah kontrak tersebut. Sekiranya perlaksanaan kontrak itu tidak lengkap dan menyeluruh, pihak yang lain itu tidak terikat untuk melaksanakan kewajipan dipihaknya.
Seksyen 38(1) akta kontrak, pihak-pihak yang berkontrak mestilah melaksanakan atau menawar untuk melaksanakan janji masing2 kecuali jika perlaksanaan dikecualikan atau tidak diperlukan di bawah akta ini atau mana2 undang2 lain.
Seksyen 40 akta kontrak, apabila sesuatu pihak berkontrak telah enggan melaksanakan, atau menyebabkan dirinya tidak berdaya melaksanakan janjinya sepenuhnya, pihak penerima janji boleh menamatkan kontrak, kecuali dia menunjukkan, dengan kata2 atau perlakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.

c) Pelepasan melalui kemungkaran kontrak
Seksyen 40 akta kontrak, apabila sesuatu pihak berkontrak telah enggan melaksanakan, atau menyebabkan dirinya tidak berdaya melaksanakan janjinya sepenuhnya, pihak penerima janji boleh menamatkan kontrak, kecuali dia menunjukkan, dengan kata2 atau perlakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
 Seksyen 40(a) akta kontrak, A seorang penyanyi membuat kontrak dengan B seorang pengurus panggung, untuk menyanyi dua malam setiap minggu selama dua bulan di panggungnya dan akan dibayar sebanyak RM 100 bagi setiap pertunjukkan. Pada malam ke enam, A sengaja idak datang ke panggung itu. B adalah bebas untuk menamatkan kontrak.

d) Pelepasan disebabkan kekecewaan kontrak
Seksyen 57(2) akta kontrak, sesuatu kontrak yang mulanya sah dan boleh dilaksanakan dikatakan kecewa apabila berlaku keadaan2 yang menjadikannya mustahil untuk dilaksanakan.Misalan seksyen 57(b) akta kontrak, A dan B berkontrak untuk berkahwin. Sebelum hari perkahwinan tiba A menjadi gila, kontrak ini menjadi batal. Ini menunjukkan apabila berlaku kematian atau ketakupayaan mana2 pihak yang berkontrak, ini menjadikan sesuatu kontrak itu kecewa iaini batal
Seksyen 57 (1) akta kontrak, mana2 perjanjian untuk melakukkan perbuatan yang mustahil adalah batal. Ini bermakna, kekecewaan menjadikan sesuatu kontrak itu sebagai batal dari mula lagi dan bukannya boleh batal.

6. Apakah kaedah am di dalam komunikasi penerimaan

     Kaedah am di dalam komunikasi penerimaan bermaksud tawaran haruslah dikomunikasikan oleh pencadang kepada penerima cadangan. Komunikasi penerimaan harus dibuat secara lisan, melalui telefon, telex, surat dan seumpamanya. Contohnya, jika tawaran dilakukan melalui surat, komunikasi penerimaan sempurna apabila penerima menerima surat tersebut.
    
7. Badrul memulakan perniagaan memandikan kucing di Shah Alam dan telah mengedarkan risalah berbunyi “Sila datang ke pembukaan besar-besaran Pusat Mandian Kucing Badrul. Pada jam 9 pagi hari sabtu di Seksyen 9 Shah Alam, 15 ekor kucing pertama akan mendapat mandian percuma” Minah mempunyai seekor kucing yang bernama Kitty dan Minah telah pergi pada jam 9 pagi hari sabtu ke Pusat Mandian Kucing Badrul. Badrul enggan memandikan kucing Minah Kitty, kerana saiz Kitty tidak dapat ditampung oleh tab mandi Pusat Mandian Kucing Badrul.
     Nasihatkan Minah samada dia boleh melakukan tuntutan daripada Badrul

Isu- Berdasarkan kes di atas isu yang dibincangkan adalah samada tindakan Badrul  mengedar risalah itu mewujudkan tawaran atau pelawaan tawaran

Prinsip- Berdasarkan seksyen 2(a) Akta Kontrak dengan kata lain bermaksud, tawaran adalah kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang apabila terma-termanya samada secara nyata ataupun termaklum, dipersetujui oleh pihak penerima.
    
Aplikasi- Berdasarkan akta di atas, Minah telah pergi ke Pusat Mandian Kucing Badrul yang terletak di Syeksyen 9 Shah Alam pada hari sabtu jam 9 pagi dan membawa kucingnya Kitty bersama-sama. Badrul enggan memandikan Kitty kerana saiz Kitty tidak dapat ditampung oleh tab mandi Pusat Mandian Kucing Badrul. Berdasarkan seksyen 2(a) akta kontrak, tawaran adalah kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang apabila terma-termanya samada secara nyata ataupun termaklum, dipersetujui oleh pihak penerima. Manakala pelawaaan tawaran adalah dimana pihak2 yang terlibat berkehendakkan rundingan2 tertentu tetapi tidak berhasrat untuk terikat dengan syarat2 yang disebut di dalam rundingan berkenaan. Pengedaran risalah oleh Badrul merupakan pelawaan tawaran. Tawaran dilakukan oleh Minah kepada Pusat Mandian Kucing Badrul untuk memandikan Kitty tetapi tawaran tersebut ditolak. Oleh itu tiada tawaran berlaku di dalam kes ini.

              Contohnya dalam kes Pharmaceutical Society of Great Britain v Boots Cash Chemist (southern) Ltd (1953) dimana pihak plaintif mendakwa perbuatan defenden meletakkan barangan yang hendak dijual di atas rak2 di dalam kedainya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Ubatan Racun 1933, yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan menjual racun2 tertentu kecuali di bawah penyeliaan ahli farmasi berdaftar. Mahkamah telah memutuskan pempameran barang2 di atas rak hanyalah pelawaan tawaran. Tawaran hanya berlaku di kaunter bayaran apabila pelanggan melakukan pembayaran, manakala juruwang menerima tawaran dengan menerima pembayaran tersebut.

Kesimpulan- Berdasarkan kes di atas, Minah tidak boleh menuntut gantirugi daripada Badrul kerana pengedaran risalah tersebut hanyalah pelawaan tawaran. Oleh kerana tiada tawaran yang berlaku, maka tiada sebarang kontrak terbentuk.


8. Nyatakan bentuk-bentuk balasan

      a) Eksekutori – balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.
                                Contohnya, A bersetuju untuk menjual komputernya kepada B, dan B berjanji akan membayar RM 500.00 apabila A menghantar komputer tersebut kepadanya.

  b) Tersempurna –balasan atau janji yang perlu disempurnakan terlebih dahulu     sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.
                                Contohnya, A berjanji akan memberikan hadiah RM 200 kepada sesiapa yang menjumpai kucingnya. B menjumpai kucing tersebut.Tindakan B memulangkan kucing tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak B dan A perlu melaksanakan janjinya untuk membayar RM 200 kepada B.
          
c) Balasan Lepas – balasan ataupun perbuatan yang sudahpun dilakukan sebelum
janji pihak yang satu lagi dilaksanakan.Contohnya A telah menyelamatkan B daripada lemas. B kemudiannya berjanji memberikan A RM 500 sebagai ganjaran menyelamatkannya. Di sini perbuatan A menyelamatkan B adalah balasan terlampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum B membuat janji.

9. Apakah definasi niat di dalam akta kontrak
          
      Sesuatu perjanjian yang dipersetujui antara pencadang dan penerima hanya akan menjadi suatu kontrak yang mengikat sekiranya kedua-dua pihak meniatkan perjanjian itu dan niat tersebut mestilah mengikat di sisi undang-undang. Tiada peruntukkan yang menyatakan niat sebagai suatu elemen yang perlu untuk membentuk suatu kontrak yang sah, tetapi merujuk kepada perkataan ‘dengan maksud’ dalam Seksyen 2(a) Akta Kontrak dan perkataan ‘kehendak’ dalam Seksyen 2(d) Akta Kontrak, secara tersirat merujuk kepada elemen niat dalam membentuk suatu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang.
     

10. Pada usia berapakah seseorang itu diiktiraf mencapai usia dewasa. Nyatakan akta tersebut
     
      Akta Umur Dewasa 1971 menyatakan seseorang dikatakan mencapai usia dewasa apabila berumur lapan belas tahun. Oleh itu mereka yang berusia di bawah lapan belas tahun dikenali sebagai minor atau remajawan.


11. Nyatakan keadaan sesuatu perjanjian adalah tidak sah di bawah seksyen 24 akta kontrak

      a) Dilarang oleh undang-undang
Kegagalan mematuhi mana-mana peruntukkan undang-undang akan menyebabkan sesuatu perjanjian itu batal

      b) Bersifat mengecewakan peruntukkan undang-undang
          
      c) Merupakan frod
Merujuk kepada balasan atau perjanjian yang bersifat tipu muslihat, contohnya A,B dan C membuat suatu perjanjian untuk membahagikan antara mereka hasil yang mereka perolehi melalui penipuan, perjanjian ini adalah batal kerana tujuannya tidak sah di sisi undang-undang.

      d) Melibatkan bencana kepada diri dan harta oang lain
Contohnya, dalam kes Syed Ahamed b Mohamed Alhabsyee lwn Puteh bt Sabtu (1922) dimana defenden sebagai pemegang amanah bagi tanah kepunyaan seorang kanak-kanak telah bersetuju menjual tanah tersebut kepada plaintif. Mahkamah memutuskan bahawa jual beli tersebut batal kerana ia akan memudaratkan kepentingan kanak-kanak berkenaan.
          
      e) Tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam
Perjanjian-perjanjian yang mengalakkan kelakuan tidak bermoral. Contohnya dalam kes Aroomoogum Chitty lwn Ah Hang (1894) dimana plaintif menuntut wang yang telah dipinjamkan kepada defendan bagi mengusahakan sebuah rumah pelacuran. Mahkamah memutuskan wang yang dipinjamkan tersebut tidak boleh dituntut balik kerana menjalankan perniagaan pelacuran adalah nyata tidak bermoral.

12. Apakah remedie-remedie yang diperuntukkan oleh undang-undang jika berlakunya kemungkaran kontrak

      a) Membatalkan kontrak
 - Merujuk kepada seksyen 40 akta kontrak menyatakan, apabila sesuatu pihak berkontrak telah enggan melaksanakan, atau menyebabkan dirinya tidak berdaya melaksanakan janjinya sepenuhnya, pihak penerima janji boleh menamatkan kontrak, kecuali dia menunjukkan dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
     
b) Ganti rugi
- Merujuk kepada seksyen 74 (1) akta kontrak, pihak yang terkilan berhak menuntut sebarang ganti rugi yang timbul, dengan sendirinya mengikut keadaan biasa, akibat daripada kemungkaran kontrak.
     
c) Pelaksanaan spesifik
- Merupakan suatu dekri mahkamah kepada defenden, mengarahkan defenden menjalankan aku janjinya secara spesifik, iaitu berdasarkan terma-terma kontrak yang telah dipersetujui. Arahan ini diberi atas budi bicara mahkamah mengikut keadaan sesuatu kes itu.
     
d) Injunksi
- Injunksi merupakan suatu arahan mahkamah supaya pihak defenden membetulkan salah lakunya yang menyebabkan  kemungkaran kontrak tersebut. Injuksi juga diberikan atas budi bicara mahkamah berdasarkan seksyen 50 akta relif spesifik.
     
e) Quantum meruit
- Bermaksud ‘sebanyak yang patut diterima’. Dimana pihak yang terkilan berhak menuntut bayaran munasabah berasaskan quantum meruit untuk kerja-kerja yang telah dilakukannya berdasarkan kontrak tersebut apabila pihak yang memungkiri menahan kontrak daripada diteruskan.

13. Apakah perbezaan ganti rugi khas dan ganti rugi am

      a) Ganti rugi Khas
- Adalah dimana pihak yang terkilan menuntut jumlah ganti rugi yang melebihi kerugian biasa yang ditanggungnya. Dimana dia hendaklah membuktikan bahawa semasa kontrak dimasuki pihak yang memungkiri mengetahui mengenai ganti rugi yang akan timbul apabila kontrak dimungkiri.
     
      b) Ganti rugi Am
- Ganti rugi yang timbul dengan sendirinya, contoh defenden bersetuju membina sebuah rumah untuk plaintif. Oleh sebab kelewatan pembinaan, plaintif terpaksa mencari dan menanggung kos kediaman lain.Makamah memutuskan kos mendapatkan kediaman lain dikira sebagai ganti rugi yang timbul dengan sendirinya apabila kontrak dimungkiri.

14. Apakah matlamat pemberian ganti rugi

Pemberian ganti rugi tidak bertujuan menghukum pihak yang memungkiri kontrak. Ia bertujuan supaya pihak yang tidak bersalah berada di kedudukan yang sama sekiranya kontrak tersebut dipenuhi. 

15. Apakah itu injunksi

Injunksi merupakan suatu arahan atau larangan oleh mahkamah bagi melindungi pihak yang teraniaya daripada kerugian atau kerosakkan akibat kemungkaran kontrak. Injuksi mandatori menghendaki tindakan tertentu dilakukan, manakala injuksi prohibitori melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan. Apabila satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah, pihak yang dikenakan injunksi wajib mematuhinya sehingga perintah tersebut dibatalkan menerusi satu prosiding mahkamah yang lain.